:: syukran ::

home page uniques

::.MADAH INDAH.::

:: KeMaTiAn ::

"KAMU PERGI DAHULU...
ESOK AKU JUGA AKAN MENGIKUTMU..."



TADI PAGI ACHIK TERIMA PANGGILAN DARI JIRAN ACHIK DI LABUAN.SEDIH PABILA MENDENGAR BERITA DARI KAK JENAH.ABANG LEMAN DAH TAK ADA.INGATAN TERUS MENERJAH PADA SEBENING MATA MILIK SI GADIS KECIL.
ANAK BONGSU PASANGAN BERKENAAN.BERUSIA 5 TAHUN KAWAN BAIK ANAK ACHIK.CERDIK DAN SANTUN BUDAKNYA.LEMBUT TUTUR KATANYA.BAGAIMANALAH KEADAAN DIA.BOLEHKAH DIA FAHAM APA YANG BERLAKU NI.BAPA TERSAYANG PERGI BUAT SELAMANYA...ITULAH LUMRAH ALAM.YANG HIDUP PASTI MATI.YANG DATANG PASTI PERGI.KITA JUGA PASTI KESANA.MENGADAP YANG MAHA ESA.MEMBAWA AMALAN MASING2.TAK TERTINGGAL WALAUPUN SECEBIS CATATAN.
YA ALLAH...AKU BERMOHON PADAMU SEBESAR PENGHARAPAN JANGANLAH KAU AMBIL NYAWA KAMI KETIKA KAMI LALAI PADAMU.MATIKAN KAMI,KELUARGA KAMI,IBU BAPA KAMI,ANAK2,SAHABAT2 KAMI DALAM IMAN.DALAM KEADAAN YANG KAU REDHOI.RAHMATILAH HIDUP KAMI DAN MATI KAMI...AMIN..AMIN..AMIN YA RABB...

********
KISAH RATAPAN SEORANG GADIS
Pada suatu hari Hassan al-Basri sedang duduk di hadapan rumahnya.Kebetulan lalu satu rombongan orang mengiringi jenazah untuk dikebumikan.Di sampingnya terdapat seorang anak gadis yang berada dalam keadaan kusut-masai sambil menangis-nangis.Hasan al-Basri lalu keluar daripada rumahnya untuk turut sama ke arah tanah perkuburan.
Dalam pada itu,berulang kali anak gadis itu meratap dan menyuarakan rasa kesal akan pemergian ayahnya.
" Ayahku,mengapa hari seperti ini singgah dalam umurmu ?" ratap anak gadis tersebut.


Pada keesokan harinya,anak gadis yang sama lalu di hadapan Hassan al-Basri
sambil meratap.Dia menangis menuju ke arah makam ayahnya.Kejadian itu memaksa
Hassan untuk mengetahui selanjutnya.Dari jauh dilihatnya anak gadis itu
memeluk makam ayahnya.Pipinya pula diletakkan pada longgokan tanah kubur
ayahnya.
Anak gadis itu berkata :
" Ayahku,malam ini engkau bersendirian terbaring dalam kegelapan kubur
tanpa lampu dan penghibur.Jika semalam aku masih dapat menerangimu dengan
lampu,tetapi siapakah agaknya yang akan menerangimu pada malam ini ? Siapakah
yang menghiburmu ?"
" Ayahku…malam kelmarin aku masih dapat
membentangkan hamparan untuk tidurmu.Tetapi siapakah yang menghampirimu
sekarang ?
Jika malam semalam aku dapat mengurut badan dan kakimu tetapi siapa
yang mengurutmu sekarang ?"
" Ayahku…jika malam semalam aku yang
memberikanmu minum maka siapakah yang memberimu minum sekarang ?Jika dulu aku
dapat membantu membalikkan tubuhmu tetapi sekarang siapakah agaknya yang
merawatmu ? "
" Ayahku..jika dulu aku yang menyelimuti tubuhmu bila tersingkap tapi
siapa yang menyelimutimu sekarang ? Semalam engkau masih boleh memanggilku
dan aku menjawabnya tetapi hari ini siapa yang engkau panggil dan siapakah
yang menyahutnya ?"
" Ayahku…jika semalam engkau meminta makan dan aku yang melayaninya
tetapi sekarang adakah engkau meminta makan ? Siapa yang melayanimu ? Dulu
aku selalu memasak makanan untukmu tetapi siapa pula yang memasakkan untukmu
sekarang ? "


Demikianlah anak gadis itu meratap di kuburan arwah ayahnya.Ratapan tersebut
menjadikan Hassan al-Basri terharu dan sedih.Oleh kerana tidak dapat menahan
hatinya lalu beliau menemui anak gadis yang masih lagi mendakap batu nisan
ayahnya itu.


Lantas kata Hassan al-Basri :
" Wahai anakku,kau jangan berkata begitu.Sebaliknya berkatalah kalimat
seperti ini: Ayahku…engkau telah aku kapani dengan sebaik kapan.Apakah kau
masih memakainya ?"
" Ayahku…aku telah letakkan tubuhmu yang segar dalam kubur.Apakah
sekarang engkau sudah digigit cacing ?"
" Ayahku…orang alim ada mengatakan,semua manusia akan ditanya tentang
imannya.Ada di antara mereka dapat menjawab,ada pula yang bisu.Apa yang
kufikirkan sekarang,adakah ayah dapat menjawab atau membisu ?"
" Ayahku..orang alim ada berkata,kubur kadangkala menjadi luas dan
kadangkala menjadi sempit.Bagaimana pula halnya kubur ayah sekarang ?
Adakah luas ataupun sempit ?"
" Ayahku…orang alim ada berkata,kain kapan orang meninggal ada yang
diganti dengan kain kapan syurga dan ada yang dari neraka.Kain kapan dari
manakah yang ayah gunakan sekarang ?"
" Ayahku…orang alim ada berkata,bahawa kubur itu secebis dari
taman-taman syurga,ada juga merupakan lubang dari lubang neraka.
Bagaimana dengan kubur ayah sekarang ?
Taman syurga atau lubang neraka ? "
"Ayahku…orang alim ada berkata,bahawa liang kubur dapat memanaskan
mayat dengan memeluknya bagaikan ibu mendakap anaknya.Ada pula merupakan
lilitan erat yang boleh meremukkan tulang si mayat.Bagaimana keadaan tubuh
ayah sekarang ? Jangan-jangan ayah terhimpit di lubang kubur ?"
" Ayahku….orang alim ada berkata,orang yang dikebumikan itu ada yang
menyesal dengan mengatakan mengapa semasa hidup dulu tidak memperbanyakkan
amalan baik,penderhaka dan banyak melakukan maksiat.Yang ku tanyakan pada
ayah,apakah ayah termasuk orang yang menyesal kerana perbuatan maksiat atau
menyesal kerana melakukan amal kebajikan yang sedikit ?"
" Ayahku..dulu aku memanggilmu dan engkau menjawab panggilanku dengan
penuh kasih-sayang,tetapi sekarang ini bila aku memanggilmu,engkau tidak mahu
menjawab.Engkau telah berpisah dengan aku sampai hari kiamat.Mudah-mudahan
Allah swt tidak menghalang aku dari bertemumu."


Setelah mendengar kata-kata yang berunsurkan nasihat daripada Hassan al-Basri,
anak gadis itu lantas berhenti dari menangis sambil berkata,
" Wahai ayah Hassan al-Basri,sungguh baik sekali nasihatmu itu."











:: QASIDAH RABIATUL ADAWIYAH ::

أحبك حبين

عرفت الهوى مذ عرفت هــواك * وأغلقت قلبى عمن عــداك


وقمت أناجيك يا من تـــرى * خفايا القلوب ولســنا نراك

أحبك حبين.... حــب الهوى * وحبا لأنك أهــــل لذاك

فأما الذى هو حب الهـــوى * فشغلى بذكرك عمن سـواك

وأما الذى أنت أهــــل له * فكشفك لي الحجبَ حتى أراك

فلا الحمد فــى ذا ولا ذاك لي* ولـكن لك الحمد فى ذا وذاك

أحبك حبين .... حـب الهوى * وحبــــا لأنك أهل لذاك

وأشتاق شوقين .. شـوق النوى * وشوقا لقرب الحمى من حماك

فأما الذى هو شـوق النــوى * فمسرى الدموع لطول نواك

وأما اشتياقى لـــقرب الحمى* فنار حياة خبــت فى ضياك

فلا الحمد فــى ذا ولا ذاك لي* ولـكن لك الحمد فى ذا وذاك

BUAT WANITA

Untuk Wanita



1. Wanita yang solehah itu lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh.


2. Wanita, apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya. Maka, masuklah ia dari pintu syurga mana-mana sahaja yang dikehendakinya.


3. Saidatina Aishah berkata "Saya pernah bertanya kepada Rasulallah s.a.w. siapakah manusia yang lebih besar haknya (berhak) terhadap wanita?" Jawab Rasulallah s.a.w. "Suaminya." "Siapa pula yabg berhak ke atas lelaki?" Jawab Rasulallah s.a.w. "Ibunya."

BN MENANG KEDAH SENANG

Tak tahu nak nilai baris ayat yang terpampang megah ditiap laman banner dan iklan2 yang tergantung disepanjang jalan bumi kelahiran achik.Tak sedar diri kah puak2 ni atau dah nyanyuk tersangat2.Terasa nak ketawa sepuas2nya.Adoi...la memanglah dah uzur sangat pemikiran diaorang ni.
51 tahun KEDAH berada dibawah kepimpinan diaorang apa yang menyenangkan rakyat jelapang padi.Yang senang terus senang yang susah makin susah.Itu yang achik nampak...itu yang kebanyakkan rakyat kedah nampak.Petani setiap hari berkeluh kesah...Nelayan siang malam bernada resah.Justeru dimana kesenangan yang mereka lemparkan.

Rakyat kedah tolonglah janganlah terlalu mudah sangat diperkotak katikkan pemikiran.Pantang ada janji2 yang manis macam gula mulalah hati tu berbelah bahagi mehitung tiap jari....kemewahan yang bakal bertandang,HUH.....!tolonglah serik.Dah lama dah korang kena tipu.Takkan nak terus ditipu....

Lagi satu buat kepimpinan2 umno n puak2 umno tolonglah perihatin jgn guna pusat pengajian sebagai tempat untuk korang berpesta.Budak2 tengah periksa sekarang ni so tolonglah sensetif sikit.

:: Laksana Kejora ::


Teman...
Lihat di atas sana...
Diatas bidang langit
Tiada bulan penuh kegelapan
Teman
Dibalik kelam malam
Cuba kau lihat
Ada satu jalur
Bak permata ia menyinar
Kejora itu ibarat kamu
Biarpun kecil tapi tetap hebat
Kecantikkan itu
Umpama kamu
Biar bagaimanapun rupa
Kau tetap beseri kelihatan
Kerana budimu penuh ketertiban
Tutur indah penuh keikhlasan
Kita bertemu
bukan atas rancangan
Persahabatan kita
Bukan tercipta dengan harta kedudukan
Ukhuwah Fillah tertaut
Bak akar teratai bersilang
Dibawah dingin air
Sahabat,Teman dan Kawan
Panggilan berbeda
Tafsirannya sama



السلام عليكم

الحمد لله akhirnya achik menarik nafas lega.Semuanya berakhir dengan baik.Abang pun dah dibenarkan keluar wad.
PadaMU yang Maha Berkuasa yang memberi penyakit dan penawarnya.Aku sembahkan setinggi kesyukuran buatMU Tuhan yang SATU.
15 hari di banggunan putih banyak mengajar achik erti ketabahan.Melihat ketabahan seorang mak cik yang berdepan katil dengan suami achik menjaga suaminya selama 6bulan di icu dan 2bulan di wad biasa.Beerti 8bulan dia mendiami banggunan itu.Seketika achik merenung jauh kedalam diri adakah aku mampu sekental itu menjaga seorang suami yang entah bilakan sembuh.yang tiada harapan namun aku tahu mak cik itu penuh dengan pengharapan.Kekuasaan Illahi amat menakjubkan.Beralih pada seorang lagi wanita yang menjaga anak yang mengidap Thalassemia,ada kekentalan pada dirinya.Bukan seorang yang berada yang kadangkala terpaksa turun naik bas.Kadang kala pula terpaksa berjalan kaki yang jauh semata-mata untuk mendapatkan darah buat anaknya.3 orang anaknya mengidap thelesemia.itulah kasihnya ibu...Berselang katil dari suami aku mengenali seorang pemuda yang menjaga ayahnya selama dua minggu lebih menjaga membasuh najis ayahnya.aduhai adakah achik mampu melakukan begitu...?Ya ALLAH jadikanlah aku anak yang solehah,isteri yang solehah,ibu yang solehah dan wanita yang solehah.

Buat mak,ayah,umi,yang dan adik thanks sebab datang menjengah kami.Walaupun sekejapan cuma.Buat tetangga,sahabat2 yang tak putus2 bertanya khabar dan mengirim doa buat kami terima kasih banyak2.Sedikit sukar rasanya diuji dengan kesakitan bila diri jauh kampung halaman...

jejari ku menari lagi...

Alhamdulillah...Hanya padaMU ya ALLAH ku merafakkan setinggi kesyukuran diatas segala limpah rahmatMU.
Selesai juga setelah 4 jam suami achik menjalani pembedahan(OT).Harapanku moga abang cepat sembuh.Kuatkan semangat menempuh mehnah ILLAHI.
Sekarang suami achik ditempatkan di ICU.Bagi memberi lebih perhatian.Rupanya apandiknya sudah pecah.Diikuti ususnya juga turut kesakitan.Patutlah kuat sangat sakitnya.Masih lagi achik ingat kejadian semalam.Suami achik bergulingan menahan sakit yang teramat sangat.Bukan achik aja yang mengalir air mata rupanya ada juga jiran achik yang tak mampu melihat kesakitannya.Hanya nama ALLAH meniti dibibirnya menahan azab kesakitan.


Achik masih lagi disini,di banggunan batu ini...menanti dengan penuh pengharapan moga tiada lagi sebarang masalah.Beginilah resam alam rumahtangga.Susah senang dilalui bersama.Tak tega rasanya meninggalkan suami yang ketika ini masih didalam kesakitan.
Buat DR,nurse2,kak jenah,abg leman,dayang,abg musli,nana dan us Najah,Sarjan Daud,Kak siti,Kop.zali terima kasih banyak2 atas keperihatinan kalian.


Dan padaMU ya ALLAH ku beserah segalanya.Dan aku tahu ujian ini hanyalah sekadar menguji keimanan kami.HambaMU mengucapkan kesyukuran diatas segala kasih sayangMU

Tinta dari hospital...

assalamualaikum..semoga kita semua sentiasa didalam rahmat ILLAHI.Tika ini achik berada di hospital.Menunggu suami tercinta yang tiba2 dilanda musibah.Ya sebagai hambanya kita semua diberi pelbagai mehnah.Dan ingat ini semua tanda kasih ILLAHI.
Waktu jejari achik menaip bingkisan ini suami achik sedang berada didalam bilik pembedahan(OT)
masalah apendik dan usus yang tiba2 berlubang.Aduhai berat sungguh ujianMU...Mengahadapi semua ini keseorangan tanpa saudara yang dekat dimata..Mujur ALLAH beri jiran2 dan teman2 yang boleh dibuat keluarga.Dan izinkan achik titipkan jutaan terima kasih pada kalian yang banyak membantu mengurangkan sedikit beban yang tertanggung.
WASSALAM......